Wanita rentung dalam kemalangan di Lebuh Raya Mex

0
174

SEORANG wanita rentung manakala lima individu terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM10.9 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil Pegawai Bomba Kanan II Khairuddin Abdurrahman berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.14 pagi sebelum 17 anggota dan jentera daripada BBP Bukit Jalil dan BBP Pudu digegaskan ke lokasi.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati sebuah kereta terbakar 100 peratus berpunca daripada kemalangan jalan raya. Pemandunya iaitu seorang wanita rentung.

“Seorang lelaki yang memandu kereta Proton Saga yang turut terlibat dalam kemalangan sama pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

Khairuddin berkata kereta yang terbakar itu turut dinaiki seorang lelaki dan tiga wanita dengan hanya lelaki itu mengalami kecederaan di kepala. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here