Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Tok Pa, Ikmal guna logo PAS -

PRU-15: Tok Pa, Ikmal guna logo PAS

DUA calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, akan menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia selaras hasil mesyuarat, baru-baru ini, yang memutuskan calon di Kelantan menggunakan logo PAS.

“Saya nak minta semua keluar mengundi beramai-ramai. Kalau di Kelantan, pangkah PAS, janji menang.

“Calon BERSATU iaitu Tok Pa dan Ikmal Hisham pun pakai logo PAS, pakat pangkah mereka. Isu logo tidak menjadi masalah, asalkan kami menang,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan pada Himpunan Penyatuan Ummah Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di pekarangan Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu, Kelantan, lewat malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Media sebelum ini melaporkan, PAS mengumumkan akan menggunakan lambang parti itu untuk tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah, memandang rakyat sudah biasa dengan logo bulan.