Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PN letak calon di 27 kerusi kritikal -

PN letak calon di 27 kerusi kritikal

PERTEMBUNGAN di 27 kerusi Parlimen yang dianggap kritikal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak dapat dielakkan berikutan ada pihak yang berasa ‘kuat’ dan mampu memenangi kerusi.

Sehubungan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata Perikatan Nasional (PN) akan meletakkan calon daripada komponen parti itu di semua kerusi terbabit bagi menentang calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Pertembungan tidak dapat dielakkan sebab ada dalam kalangan pemimpin UMNO kata, kalau bertembung pun dia boleh menang, jadi rasa ‘cocky’ (yakin), jadi kita lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Turun Padang dan Jamuan Rakyat serta menyampaikan Suratan Hak Milik Tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Marang di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada PN akan memberi laluan kepada UMNO dan BN untuk bertanding bagi mengelak kerusi berkenaan jatuh ke tangan atau terus dikuasai PH, Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, setakat ini, tiada perbincangan ke arah itu.

“PAS akan ambil kerusi itu macam biasa, sama ada PAS atau BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) bergantung kepada keputusan akhir perundingan antara PAS dengan BERSATU dengan rakan dalam PN.

“Ada yang BERSATU ambil, ada yang PAS ambil dan ada GERAKAN ambil. Jadi, kita lihat hasil rundingan nanti,” katanya lapor BH Online.

Ahmad Samsuri berkata, pengagihan kerusi dalam gabungan PN kini sudah mencapai 90 peratus dan pihaknya akan melakukan satu lagi siri perundingan esok.

Berdasarkan keputusan PRU-14, semua 27 kerusi kritikal itu dimenangi PH, namun jika digabungkan jumlah undi diperoleh BN dan PAS pada 2018, jumlahnya lebih tinggi berbanding yang dimenangi PH.

Semua kerusi berkenaan dahulu yang menjadi milik UMNO-BN dan PAS, kini milik PH kerana pertembungan tiga penjuru pada PRU-14.

Difahamkan, 27 kerusi kritikal itu membabitkan 20 kerusi Parlimen majoriti Melayu, yang dimenangi PH pada PRU-14 serta tujuh lagi yang menyaksikan PH kalah tipis.