Maut dipercayai dihempap kereta ketika curi ekzos

0
154

SEORANG lelaki ditemui mati berhampiran sebuah kereta di tepi jalan di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, Selangor, dipercayai akibat dihempap kenderaan itu pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika lelaki itu bersama seorang rakan disyaki sedang mencuri tabung ekzos kereta berkenaan sekitar jam 4 hingga 6 pagi.

“Lelaki tempatan berusia 40 tahun itu dipercayai maut akibat terhempap selepas peralatan yang digunakan untuk mengangkat kereta berkenaan tiba-tiba terjatuh.

“Dia dipercayai terhempap ketika berada di bahagian tengah kenderaan, berdekatan tabung ekzos. Kes disiasat sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya, lapor BH Online.

Susulan itu, Ahmad Ridhwan berkata, bertindak atas maklumat diperoleh, pihaknya kemudian menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun yang juga rakan kepada si mati, di sekitar kawasan Telok Panglima Garang pada jam 10.45 pagi semalam.

Beliau berkata, suspek yang ditahan didapati mempunyai tujuh rekod jenayah membabitkan kes mencuri ekzos kenderaan dan pecah rumah serta dua rekod narkotik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri, dan suspek akan direman hari ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here