Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rakyat Malaysia diserang strok di Korea Selatan kembali ke tanah air -

Rakyat Malaysia diserang strok di Korea Selatan kembali ke tanah air

RAKYAT Malaysia, Azhar Mohamad, 37, yang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Chungbuk National University, Cheonjung, Korea Selatan akibat angin ahmar tiba ke tanah air, pada Rabu.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5.15 petang ditemani kakaknya Fazillah, 35, (kakak), adiknya Norul Hanim,34, dan sepupu, Noradilawaty Zainol (44).

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata, Bahagian Konsular, Kementerian Luar menerima makluman dari Malawakil Seoul yang memaklumkan Azhar yang berada di Republik Korea sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 31 Ogos lalu akibat serangan strok.

Menurutnya, susulan lawatan konsular pada 22 September lalu, Malawakil memberi bantuan sewajarnya kepadaAzhar dan ahli keluarga beliau sepanjang mereka berada di Korea.

Katanya, bantuan yang diberikan termasuk menyelaras urusan dengan hospital, syarikat penerbangan serta pengeluaran Sijil Kecemasan (EC) bagi membolehkan kepulangan mereka ke tanah air.

“Kos keseluruhan perubatan ini berjumlah kira-kira RM280,000 dan sebahagianya sudah dilunaskan oleh ahli keluarga melalui dana sendiri dan sumbangan orang ramai,” katanya memetik laporan BH Online.

Saifuddin berkata, baki kos perubatan akan dilunaskan selama 12 bulan selepas mendapat kebenaran hasil perbincangan bersama Chungbuk National University Hospital.

Katanya, Azhar dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan bagi menjalani rawatan.