Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PKR nafi pasangan suami isteri disyaki ejen Mossad anggota parti -

PKR nafi pasangan suami isteri disyaki ejen Mossad anggota parti

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menafikan pasangan suami isteri yang ditahan selepas disyaki direkrut oleh badan perisikan Mossad untuk menculik warga Palestin di Kuala Lumpur bulan lalu bukan ahli parti itu.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil turut menjelaskan, pasangan suami isteri itu, Nidarayahu Zainal dan Raibafie yang merupakan dua daripada 11 suspek bagi kes itu tiada sebarang kaitan dengan parti itu.

Penafian itu dibuat selepas satu gambar yang memaparkan kedua-dua suspek itu menyertai tunjuk perasaan dengan bendera PKR tular di media sosial sehingga menimbulkan persoalan mengenai kecenderungan politik mereka.

“Saya sahkan bahawa dua individu tersebut, iaitu Nidarayahu Zainal dan Raibafie Amdan, bukan anggota mana-mana Cabang KEADILAN dan tiada kaitan dengan parti.

“Berhubung gambar individu tersebut mengangkat bendera PKR, atau gambar akaun Facebook dengan logo PKR sekitar 2018, ianya merupakan tindakan dan pilihan individu terbabit dan tidak ada kaitan sama sekali dengan parti,” katanya.

Nidarahayu Zainal dan Raibafie Amdan antara 11 individu yang didakwa pada Jumaat atas tuduhan menculik seorang lelaki Palestin, September lalu. (Gambar Bernama)

Pasangan itu adalah antara 11 warga Malaysia yang menerima pertuduhan mahkamah minggu lalu bagi kes penculikan seorang pereka program komputer, yang dipercayai Mossad bekerja untuk kumpulan Hamas.

Bagaimanapun, kumpulan itu dikatakan gagal dalam menjalankan operasi rahsia tersebut apabila tersalah mangsa akibat kecuaian mereka sendiri.

Media melaporkan Omar ZM ditemukan di sebuah chalet di Kuala Langat, Selangor dimana penculik menyeksa dan menyoal siasat dengan menerima arahan daripada pengendali mereka dari Israel menerusi panggilan video.

Individu lain yang turut menerima pertuduhan sama termasuk Edy Ko’im Said, Mohamad Norakmal Hassan, Dody Junaidi, Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, Mohamad Naziree Mustapha, Faizull Hardey Mohd Isa, Muhammad Iqmal Abdul Rahis, Mohamad Sufian Saly, Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi.

Dalam pada itu, Fahmi turut mengucapkan tahniah kepada pihak polis kerana berjaya memberbaskan warga Palestin terbabit selain berkata semua suspek yang didapati bersalah perlu dihadapkan ke muka pengadilan.–SB