Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Maszlee sah pertahan kerusi Simpang Renggam ‘dengan apa harga sekalipun’ -

Maszlee sah pertahan kerusi Simpang Renggam ‘dengan apa harga sekalipun’

DR Maszlee Malik mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, amanat itu diterimanya daripada Presiden PKR yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, pagi tadi.

“Pagi ini saya sudah menerima amanat dan pertanggungjawaban daripada presiden PKR serta pengerusi PH.

“Pertahankan Parlimen Simpang Renggam dengan apa harga sekalipun demi Malaysia dan masa depan pendidikan negara,” katanya di Facebook.

Pada PRU14, penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam bagi dua penggal berturut-turut, Liang Teck Meng dari Barisan Nasional tewas di tangan Maszlee yang mewakili PKR dengan majoriti 3,475 undi.