Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Senarai calon Pas bertanding PRU-15 sudah muktamad -

Senarai calon Pas bertanding PRU-15 sudah muktamad

PAS sudah memuktamadkan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad.

“Pas sudah bermesyuarat dan memuktamadkan senarai calon. Semua sudah lengkap. Tunggu hari kejadian,” katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai senarai calon parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Multaqa Murabbi Ummah (MMU) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022 di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri Selangor, pada Selasa seperti dilaporkan BH Online.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff serta Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata parti itu akan memuktamadkan senarai penuh calon parti itu sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pada 20 Oktober ini.

Sementara itu, Idris masih lagi berteka-teki sama ada akan bertanding di Parlimen Bukit Gantang di Perak.

Beliau, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disebut-disebut akan bertanding kerusi itu pada pilihan raya akan datang.