Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rogol berkumpulan remaja 14 tahun, 8 direman tujuh hari -

Rogol berkumpulan remaja 14 tahun, 8 direman tujuh hari

LAPAN remaja lelaki yang ditahan semalam kerana dipercayai merogol seorang remaja perempuan bawah umur direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi di Mahkamah Majistret Bachok pagi tadi.

Lapan remaja berusia dari 14 hingga 18 tahun itu sebelum ini ditahan selepas disyaki merogol pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di sini.

Kesemua remaja berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu di Kampung Tawang, Bachok kelmarin.

Kes disiasat mengikut seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Penahanan remaja berkenaan selepas polis menerima laporan berkait kes rogol melibatkan mangsa yang berusia 14 tahun 11 bulan itu lapor Astro AWANI.