Polis kesan pemandu Myvi lawan arus

0
266

POLIS sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang tular memandu melawan arus dengan memasang lampu kecemasan (hazard lights) di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai, Johor.

Ketua Polis Daerah Kulai, Suprintendan Tok Beng Yeow berkata satu video berdurasi 11 saat dimuat naik di laman Facebook dikesan pada Selasa memaparkan sebuah kereta Myvi dipandu melawan arus.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai.

“Susulan video tersebut, bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik daerah Kulai telah membuat semakan ke atas kamera litar tertutup (CCTV) di Plaza Tol Kulai mendapati kenderaan tersebut telah melalui plaza tol berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi pada Selasa,” katanya dalam kenyataan pada Selasa, lapor Sinar Harian.

Beng Yeow memberitahu usaha mengesan pemandu Myvi tersebut sedang dilakukan untuk tindakan selanjutnya.

“Orang ramai diingatkan supaya mematuhi undang-undang jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan dan seterusnya menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang dikesan sengaja melanggar undang-undang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here