Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Jika ada sebarang tuduhan, SPRM pergi siasat' -

‘Jika ada sebarang tuduhan, SPRM pergi siasat’

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasat dan melihat sendiri tuduhan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung dakwaan penyelewengan dalam kementerian tersebut.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, KPM bersikap terbuka dan telus dalam konteks pendidikan bagi memupuk kepercayaan dalam kalangan masyarakat.

Ujar beliau, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof telahpun diarah membuat laporan bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan berkaitan dakwaan penyelewengan melibatkan kontrak bekalan makanan bermasak serta kebersihan bangunan dan kawasan di bawah KPM.

“Kita nak pastikan imej KPM sejak saya masuk dalam kementerian ini terjaga, mesej kita setiap sen duit rakyat mesti dikembalikan kepada rakyat.

“Saya berada di sini menjalankan khidmat negara. Ada sebarang pertuduhan, SPRM (boleh) pergi siasat kementerian dan lihatlah apa yang berlaku di sana, kalau ada,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Majlis Pelancaran Inisiatif ‘Reading Progress’ Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sebuah hotel pada Selasa.