Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRU-15: Ceramah politik boleh diadakan, perlu ikut SOP - Hamzah -

PRU-15: Ceramah politik boleh diadakan, perlu ikut SOP – Hamzah

WALAUPUN tarikh penting pilihan raya belum ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun sudah ada parti politik yang mengadakan ceramah dan kempen mereka.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, parti politik boleh mengadakan aktiviti berkenaan namun perlu mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Ceramah ini boleh berlaku bila-bila masa, cuma dia mesti mengikut SOP sedia ada, (dapatkan permit daripada) polis (tentang) bila nak berkumpul.

“Sama ada ceramah politik, ada dah SOP… bukan hanya masa Pilihan Raya Umum (PRU). Terpulanglah masing-masing mengikut undang-undang dalam negara.

Jelasnya, setiap perhimpunan perlu mendapatkan kelulusan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita pasti tahu rakyat sekarang ini sudahpun bijaksana dan tahu bagaimana mengikut undang-undang,” katanya lagi, lapor Astro AWANI.

Beliau berkata demikian menjawab soalan sama ada parti politik dibenarkan mengadakan kempen dan ceramah meskipun SPR belum mengumum tarikh-tarikh penting PRU-15.

Terdahulu, SPR memaklumkan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh PRU-15 dijadualkan berlangsung Khamis ini.