Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KTMB tawarkan tren sewa khas terpanjang -

KTMB tawarkan tren sewa khas terpanjang

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini membuat larian tren sewa khas terpanjang dengan membawa 22 koc dari Stesen Kuala Lumpur ke Stesen Taiping sempena program ‘Great Eastern Takaful Berhad (GETB) National Final Sprint’ 2022.

Acara julung kali itu turut dicatatkan dalam ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR) kerana membabitkan larian tren terpanjang dengan anggaran panjang kereta api 500 meter dan bilangan peserta tertinggi iaitu 700 orang.

KTMB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, tren sewa khas diperkenalkan bermula tahun ini dengan menawarkan koc-koc unik, termasuk koc persidangan, koc acara, koc ‘chillax’ dan koc basikal kepada pelanggan korporat atau individu.

“Tren ini menyediakan tiga koc tempat tidur, dua koc tempat duduk premier kelas pertama, sembilan koc tempat duduk superior kelas kedua, masing-masing satu koc salon eksklusif, basikal, ‘chillax’ dan acara serta dua koc bufet dengan satu lokomotif dan dua ‘power generated car’.

“Ia menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 22 koc. Selain itu, KTMB turut menawarkan koc persidangan untuk memenuhi citarasa agensi-agensi korporat untuk bermesyuarat atau bersidang di atas tren,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Acara pelepasan tren sewa khas terpanjang berkenaan disempurnakan Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif GETB, Shahrul Azlan Shahriman.

KTMB turut memaklumkan, semua koc berkenaan mempunyai fasiliti yang berbeza dan boleh disediakan bersekali mengikut permintaan dan citarasa pelanggan.

Katanya, harga sewaan tren khas berkenaan bergantung kepada koc-koc yang diperlukan, laluan larian tren dan jarak perjalanan yang dipilih pelanggan.