SEBANYAK 4.5 tan daging kerbau sejuk beku dari India, telah dirampas di Pasir Gudang oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor, Khamis lalu kerana maklumat pada sijil kesihatan dan sijil halal mengelirukan.
Pengarahnya, Edie Putra Md Yusof berkata, rampasan itu adalah hasil pemeriksaan kontena di Pelabuhan Pasir Gudang, Khamis lalu.
“Hasil pemeriksaan mendapati kontena berkenaan membawa 188 kotak produk ruminan iaitu daging kerbau sejuk beku dari India bernilai RM410,000.
“Pemeriksaan lanjut mendapati maklumat pada dagangan terbabit mengelirukan iaitu tarikh sembelih yang diisytiharkan berbeza seperti dalam sijil halal yang disertakan bersama,” katanya, memetik laporan dari Harian Metro.
Edie Putra berkata, penggunaan maklumat pada sijil halal dan sijil kesihatan yang tidak tepat serta mengelirukan akan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.