Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini -

Kutipan tol di Lebuhraya SUKE bermula tengah malam ini

KUTIPAN tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula 12.01 tengah malam ini. 

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam kenyataan memaklumkan kutipan tol itu melibatkan jajaran fasa satu iaitu dari persimpangan Cheras-Kajang hingga persimpangan Bukit Antarabangsa yang telah dibuka kepada pengguna sejak 16 Sept lepas.

Bayaran akan dikenakan kepada pengguna yang melalui Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang dengan kadar tol mengikut kelas kenderaan iaitu RM2.30 bagi kereta, lori (RM4.60), treler (RM6.90), teksi (RM1.20) dan bas (RM2.30). 

Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya dengan menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

“Bahagian operasi SUKE akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan,” menurut kenyataan itu.  – BERNAMA