Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Kerjasama politik perlu beri nilai tambah dan menguntungkan' - kata Muhyiddin ulas pelawaan GTA -

‘Kerjasama politik perlu beri nilai tambah dan menguntungkan’ – kata Muhyiddin ulas pelawaan GTA

SEBARANG kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) membabitkan Perikatan Nasional (PN) akan diputuskan oleh majlis tertinggi gabungan itu.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara utama yang akan dinilai ialah sama ada kerjasama itu dapat memberi nilai tambah dan menguntungkan PN.

“PN akan bincang dalam majlis tertinggi, mendapatkan panduan apakah keputusan yang mahu dibuat.

“Masing-masing ada pengalaman masing-masing, jadi kita nak nilai, ada menambah nilai ataupun tidak, menguntungkan ataupun tidak, jangan merugikan satu pihak, menguntungkan satu pihak. Ini perlu diteliti dengan halus,” katanya pada sidang media di Panchor, Pagoh.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengulas desakan Gerakan Tanah Air (GTA) supaya diwujudkan kerjasama di antara parti pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU-15 nanti.

Pakatan Harapan sebelum ini telah membuat keputusan tidak akan menjalinkan kerjasama dengan GTA.

Terdahulu Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh telah menghadiri kenduri rakyat di Masjid Jamek Panchor sebagai sebahagian aturcara lawatan sehari ke Pagoh.

Pada sebelah pagi Muhyiddin menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama penduduk pekan Panchor serta menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada penduduk setempat.

Muhyiddin turut menghadiri Program Memancing Bersama Nelayan Tempatan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing di jeti nelayan Panchor.

Malam ini Muhyiddin dijadualkan mengadakan Perjumpaan Bersama Jentera Pilihan Raya Bersatu Pagoh di Felda Lenga.