Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
UMNO yang mahu PRU awal - Tun Mahathir -

UMNO yang mahu PRU awal – Tun Mahathir

PERDANA Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sepatutnya menyalahkan tindakan 12 menteri Kabinet yang mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang dikatakan mencetuskan keputusan membubarkan Parlimen, kata Tun dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) itu berkata, sememangnya UMNO itu sendiri yang mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal.

“Walaupun Perdana Menteri berhak membuat keputusan sendiri, tetapi dalam kerajaan campuran, (pengetahuan dan persetujuan) parti komponen berhak memberi pandangan mereka.

“Memang pun UMNO yang hendak PRU awal, pedulikan banjir. Yang penting ialah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini memetik laporan Astro AWANI.

Selasa lalu, Ismail Sabri berkata, keputusan pembubaran Parlimen dibuat berikutan 12 Menteri menunjukkan sikap tidak wajar, mengutuskan warkah kepada Al-Sultan Abdullah.

Justeru, pembubaran itu bertujuan menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran Kerajaan.

Tambahnya, tindakan menteri terbabit membelakangkan institusi Perdana Menteri yang mana pelantikannya diperkenan Yang di-Pertuan Agong, sekali gus mengikis semangat solidariti dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau merujuk kepada kenyataan media Istana Negara pada Isnin yang menyatakan Al-Sultan Abdullah kecewa dengan perkembangan politik semasa tanah air.