Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Keputusan Pas beri suntikan semangat kepada PN – Muhyiddin -

Keputusan Pas beri suntikan semangat kepada PN – Muhyiddin

TAN Sri Muhyiddin Yassin  amat menghargai keputusan Jawatankuasa Pas Pusat untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang juga Pengerusi PN berkata, keputusan ini memberikan suntikan semangat kepada PN untuk bergerak dengan lebih tersusun dan bersatu-padu  dalam meraih sokongan rakyat.

“Secara peribadi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas dan rakan-rakan pimpinan Pas yang terus istiqamah mempertahankan kerjasama Pas dalam Perikatan Nasional.

“Saya mendoakan semoga Perikatan Nasional mendapat mandat rakyat dalam PRU-15 untuk membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,” katanya.