Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'Ismail Sabri tidak bertanggungjawab' - Muhyiddin -

‘Ismail Sabri tidak bertanggungjawab’ – Muhyiddin

TAN Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan beliau dan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) sebagai punca diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai tidak bertanggungjawab.

Pengerusi PN itu berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa berhubung perkara itu, sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap apa yang sudah dilakukan.

“Ianya sangat tidak bertanggungjawab apabila Perdana Menteri menyalahkan saya dan ahli Kabinet mengenai apa yang berlaku sekarang.

“Mereka tidak patut salahkan sesiapa, mereka yang bertanggungjawab. Kita tidak pertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang perkenan PRU-15 atas budi bicara baginda kerana ia mengikut perlembagaan,” katanya lapor BH Online selepas mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan BERSATU Sabah, di sini, malam ini.

Muhyiddin berkata, pihaknya meminta supaya seboleh mungkin tidak diadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat ketika seluruh negara berdepan dengan ancaman banjir.

“Wakil saya dalam Kabinet berhak (mengutuskan warkah) kerana tiada perbincangan secara mendalam dan diputuskan dalam Jemaah Menteri untuk bubarkan Parlimen.

“Saya juga sebenarnya ada perjanjian dengan Ismail Sabri ketika beliau jadi Perdana Menteri dan antara kandungannya kalau nak bubar Parlimen sewajarnya bincanglah dengan pemimpin PN,” katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, apa yang dilakukan PN adalah untuk melaksanakan tanggungjawab parti terhadap kebajikan dan keprihatinan terhadap rakyat.

Media sebelum ini melaporkan, Ismail Sabri mendedahkan tindakan Muhyiddin dan 12 menteri PN mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong membuatkan baginda kecewa dengan perkembangan politik semasa.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, pembubaran Parlimen semalam adalah rentetan daripada tindakan Muhyiddin dan 12 menteri terbabit yang menunjukkan sikap tidak wajar.