Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jika Parlimen bubar esok, Belanjawan 2023 jadi sia-sia, namun PN janji tawarkan belanjawan baru lebih baik -

Jika Parlimen bubar esok, Belanjawan 2023 jadi sia-sia, namun PN janji tawarkan belanjawan baru lebih baik

BELANJAWAN 2023 yang dibentangkan pada Jumaat akan menjadi sia-sia jika Parlimen dibubarkan esok seperti mana yang banyak diperkatakan hari ini.

Bagaimanapun Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PN akan membentangkan belanjawan lebih baik jika rakyat memilih gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang .

“Bukan nak takabbur, tetapi kita yakin kita mampu menawarkan lebih baik untuk rakyat selari dengan prinsip PN mengutamakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran PN Perak, di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak, pada ahad.

Mengulas lanjut Presiden Bersatu itu berkata, rakyat perlu memilih PN kerana ia merupakan pilihan terbaik masa ini.

“Pakatan Harapan terkenal kerana tidak menyempurnakan janji kepada pengundi, UMNO dan Barisan Nasonal pula, bukan sahaja sudah terpalit tetapi bergelumang dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.

“UMNO dan BN ini seperti sudah ada DNA, jika kita pilih, adat resam dan budaya laman akan balik semula. Rasuah tidak boleh selesai. Salah guna kuasa terus berleluasa,” katanya.