Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Jentera PN Perak sedia hadapi PRU15 -

Jentera PN Perak sedia hadapi PRU15

TAHAP kesiapsiagaan jentera Perikatan Nasional (PN) Perak hampir seratus peratus dan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau amat berpuas hati dengan kesiapsiagaan jentera parti di negeri itu yang sudah memulakan gerak kerja dua hingga tiga bulan lebih awal, tanpa menunggu tarikh sebenar PRU15.

“Ini bermakna bahawa tahap kesiapsiagaan di sini hampir sudah pun seratus peratus bila masa tiba PRU akan diadakan.

“Tadi pun kita telah bincangkan perkara-perkara penting yang kita akan selesaikan, pembahagian kerusi-kerusi di antara parti-parti di peringkat PN sudah pun dibincangkan,” katanya ketika sidang media di Pejabat PN Perak di Ipoh, Perak, pada Ahad.

Tambah beliau, struktur jentera parti bersetuju untuk menggunakan logo PN pada PRU15 yang dipercayai bakal diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, penyelarasan penggunaan logo antara parti-parti komponen adalah penting kerana tidak boleh membazirkan sumber yang ada.

“ Iaitu penyelarasan antara parti-parti, kita memang tidak boleh membazirkan sumber yang ada, yang terhad, jadi di semua peringkat kita gerakkan jentera di atas nama PN.

“Terutamanya di kawasan-kawasan Parlimen di bawah itu ada jugak kemungkinan DUN. Hanya pakai ‘Perikatan Nasional’ sahaja,” ujarnya.

Mengulas lanjut Presiden Bersatu itu berkata, gerak kerja parti seperti Jelajah Prihatin sudah mula diputuskan di peringkat nasional.

“Kita sudah mulakan gerak kerja termasuk Jelajah Prihatin, kita sudah putus di peringkat nasional akan pergi ke kawasan-kawasan tumpuan.

“Kita tidak beritahu mana kawasan tumpuan, tetapi kita akan tetapkan kawasan itu diberikan perhatian yang lebih utama,” kata bekas Perdana Menteri itu.