Kos haji dijangka meningkat sehingga RM31,000

0
206

KOS haji dijangka terus meningkat sekitar RM31,000 pada tahun hadapan, berbanding RM28,000 tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Amrin Awaluddin, bagaimanapun berkata agensi itu akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji Bersasar yang dibiayai daripada pendapatan pelaburan kepada semua bakal jemaah haji Muassasah.

“Menerusi Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan terus menyokong usaha kerajaan serta bekerjasama untuk memperkasa daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi sebarang risiko masa hadapan yang tidak menentu.

“Bajet ini adalah bajet komprehensif bertujuan membantu Keluarga Malaysia,” katanya lapor BH Online.

Media sebelum ini melaporkan, TH menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000 untuk seorang susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.

Kos untuk mengerjakan haji bagi jemaah Muassasah pada 2019 ialah RM22,900.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here