Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia -

Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia

EMPAT produk sirap ubat batuk dan selesema keluaran syarikat farmaseutikal India yang didakwa menyebabkan 66 kanak-kanak maut selepas pengambilannya, tidak didaftarkan di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia hasil semakan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) terhadap pangkalan data bagi promethazine oral solution, kofexmalin baby cough syrup, makoff baby cough syrup dan magrip N cold syrup.

“KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan di negara ini terjamin,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran mengenai empat produk tersebut selepas ia dikaitkan dengan kematian 66 kanak-kanak di Gambia, India.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) juga memberi amaran bahawa ubat-ubatan yang tercemar itu mungkin sudah diedarkan di luar negara Afrika Barat, dengan ‘kemungkinan wujud pendedahan global’.