Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
'RM500 Inisiatif Cahaya Mata, sempat lagi tambah zuriat tahun depan' - Tengku Zafrul -

‘RM500 Inisiatif Cahaya Mata, sempat lagi tambah zuriat tahun depan’ – Tengku Zafrul

PEMBERIAN sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 berkata, bantuan itu disediakan di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM150 juta.

“Bagi meningkatkan kadar kelahiran dan pada masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut, di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, ibu dari isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada 2023 akan diberikan bantuan RM500 secara one-off.

“Jadi saya rasa masih sempat lagilah untuk mengambil peluang untuk mendapatkan zuriat pada tahun depan, tapi kenalah ingat bantuan ini hanyalah untuk ibu dan bukalah kepada bapa,” katanya berseloroh di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Memetik laporan Astro AWANI, beliau berkata perangkaan kesuburan pada tahun 1970 adalah 4.9 bayi bagi setiap wanita.

Namun katanya, angka itu jatuh ke tahap terendah dengan 1.7 bayi.

“Sementara itu, kanak-kanak dari keluarga susah khususnya berdepan dengan masalah permakanan sehingga menganggu tumbesaran mereka lebih-lebih lagi sejak COVID-19 melanda.