Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mayat ditemukan reput, tangan dan muka diikat pita pelekat -

Mayat ditemukan reput, tangan dan muka diikat pita pelekat

MAYAT lelaki warga Bangladesh dipercayai mangsa culik ditemukan dalam keadaan separuh reput dengan tangan dan mukanya diikat menggunakan pita pelekat serta kain sarung di kawasan taman perindustrian dekat Seri Kembangan, di sini, malam tadi.

Mayat terbabit dijumpai susulan penahanan empat lelaki warga Bangladesh yang disyaki terbabit kes culik itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mengesahkan penemuan mayat terbabit, malah keluarga mangsa di Bangladesh yang dihubungi penculik juga sudah menjelaskan wang tebusan 500,000 taka Bangladesh (RM24,000) seperti diminta.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya menerima laporan dari seorang lelaki Bangladesh yang menyatakan pada 25 September lalu anak saudaranya keluar dari rumah dan tidak dapat dihubungi.

Memetik laporan BH Online katanya, pada 26 September, ibu kepada mangsa di Bangladesh mendakwa menerima panggilan daripada suspek disyaki warganegara sama menyatakan mangsa diculik dan dikehendaki membayar wang tebusan untuk membebaskannya.

“Ibu mangsa yang takut memindahkan wang diminta itu melalui akaun bank keesokan harinya dan suspek berjanji untuk melepaskan mangsa dalam tempoh masa dua hari.

“Oleh kerana tidak menerima sebarang berita berkenaan mangsa, ibunya meminta abang kandung mangsa untuk membuat laporan polis berkenaan kejadian itu pada 30 September lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang menggerakkan operasi sebelum menahan dua lelaki warga Bangladesh di sekitar Beranang petang kelmarin.

“Polis kemudian menahan dua lagi suspek juga warga Bangladesh petang semalam di sekitar Semenyih, sebelum hasil soal siasat membawa kepada penemuan mayat mangsa malam tadi,” katanya.

Beliau berkata, mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita percaya mangsa kemungkinan besar dibunuh kerana mengenali suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.