Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Wujud provokasi cuba pecah belahkan Pas Bersatu -

Wujud provokasi cuba pecah belahkan Pas Bersatu

PAS Selangor mendedahkan wujud usaha provokasi pihak tertentu mahu memecah-belahkan perpaduan parti komponen Perikatan Nasional (PN) khususnya antara Pas dan Bersatu.

Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, sehubungan itu semangat kebersamaan antara parti dalam PN perlu diperkukuhkan bagi berdepan cabaran provokasi tersebut.

“Ramai musuh-musuh kita, mereka mahu memecah-belahkan kita, sudah tentu… Apabila ada kumpulan yang cuba mencetuskan provokasi mengusik kebersamaan kita dalam Perikatan Nasional.

“Sebab itu saya katakan, musuh kita sentiasa ada nak memecah-belahkan Pas dalam PN,” katanya dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Badan-Badan Perhubungan Kawasan PN Selangor di Shah Alam pada Rabu.

Ahmad Yunus turut menafikan dakwaan mengatakan PAS Selangor memboikot PN seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

Menurutnya, perkara itu perkara itu tidak akan berlaku kerana Pas merupakan salah satu parti pengasas.

“Kita bapa, kita ada anak, takkan kita mahu nafikan anak kita? Macam mana kita nak boikot PN kalau kita salah satu pengasas?” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihati kepimpinan parti di dalam semua peringkat perlu bersikap saling bantu membantu dan menerapkan disiplin yang baik.

“Kita dalam PN, apa pun perbezaan pandangan dan pemikiran, ini biasa. Tapi janganlah buat cerita.

“Kita kena lihat siapa musuh kita sebenarnya. Kalau kesatuan ini kita benar-benar meletakkan dalam pemikiran kita tentang kebersamaan, siapa yang kita mahu jatuhkan, InsyaAllah permuafakatan yang kita bina ini akan memberikan kebaikan kepada negara,” ujarnya.–SB