Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Majoriti Kabinet tak setuju PRU-15 tahun ini -

Majoriti Kabinet tak setuju PRU-15 tahun ini

MAJORITI jemaah menteri memberi pandangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak diadakan tahun ini.

Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata jemaah menteri berpendapat ketika ini bukan waktu yang sesuai untuk PRU diadakan.

Beliau yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, sebagai kerajaan prihatin, fokus kerajaan perlu menumpukan kepada cabaran pemulihan ekonomi dan bersiap siaga dengan kemungkinan berdepan bencana banjir.

“Walaupun angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), prestasi perdagangan dan pelaburan semakin baik, tetapi saya telah nyatakan dalam  jemaah menteri bahawa kita perlu ruang yang lebih supaya rakyat dapat bantuan sokongan untuk kembali ke tempat kerja dan menjalankan aktiviti perniagaan mereka.

“Sebagai kerajaan prihatin, kita kena siap siaga dengan kemungkinan banjir besar,” katanya  ketika ditemui pada pelancaran dasar pelaburan baharu berdasarkan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) di Kuala Lumpur, lapor BH Online. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas spekulasi Parlimen akan dibubarkan bagi mengadakan PRU15.

Mengulas sama ada tarikh pembubaran Parlimen dibincangkan jemaah menteri, Mohamed Azmin berkata, tiada keputusan dibuat, sebaliknya jemaah menteri bersetuju supaya Perdana Menteri melihat pandangan yang diberikan itu secara serius.