Bubar DUN: Negeri Sembilan teruskan mandat rakyat lapan bulan lagi

0
248

KERAJAAN Negeri Sembilan akan terus komited memikul mandat yang diberikan rakyat di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu bagi meneruskan pelbagai agenda buat rakyat berbaki tempoh lapan bulan lagi

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, antara agenda yang sudah diperjuangkan sejak empat tahun lalu ialah isu penempatan bagi generasi kedua di tanah rancangan Felda.

Menurutnya, pihak Kerajaan Negeri Sembilan juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dari Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Pembangkang pun bagi sokongan. Yang beriya-iya nak pilihanraya tu (PRU15) tu apa pasal melainkan lah kita nak tarik dia (Ismail Sabri) turun bawah… Jadi lah Perdana Menteri (PM) sampai habis (tempoh lima tahun)… takut ada orang lain nak jadi PM sahaja.

“Malah, kita di peringkat pembangkang nak ucap selamat datang kepada PM hari Sabtu ni sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Bandar Sri Jempol dan saya juga akan bersama dalam program tersebut,” katanya memetik laporan Kosmo!

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Pecah Tanah Lot Kediaman Harapan Generasi Baru Felda Palong 12 Fasa 1 di Felda Palong 12, di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here