[VIDEO] Polis buru dua lelaki samun warga emas

0
308

POLIS kini memburu dua lelaki yang bertindak melakukan jenayah samun terhadap seorang warga emas di Jalan Kasuarina, Bandar Botanik, Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian puku 10.25 pagi itu, pengadu telah meletakkan beg bimbit di tempat duduk belakang sebelum disamun.

Beliau berkata, dua suspek yang menaiki motosikal telah berhenti berdekatan kereta pengadu sebelum salah seorang bertindak membuka pintu kereta dan mengambil beg bimbit lalu melarikan diri.

“Siasatan mendapati suspek berpakaian jaket hitam dan topi keledar bervisor gelap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor UtusanTV.

Jelasnya, tiada sebarang senjata yang digunakan semasa kejadian, tetapi pengadu berusia 66 tahun mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh semasa cuba mengejar suspek.

“Pengadu mengalami kerugian sebanyak RM 350 dimana terdapat sebuah telefon bimbit dan dokumen kerja yang disimpan di dalam beg,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan samun berkumpulan.

“Polis sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dalam kes ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat apa jua spekulasi dan boleh menyalurkan maklumat di talian 03- 33762222 bagi membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here