Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Projek LCS: 2 sub-kontraktor saman Boustead Naval Shipyard, Boustead Heavy Industries -

Projek LCS: 2 sub-kontraktor saman Boustead Naval Shipyard, Boustead Heavy Industries

BOUSTEAD Naval Shipyard (BNS) dan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) disaman oleh dua sub-kontraktor yang terlibat dalam projek kontroversi kapal tempur pesisir (LCS), lapor portal FMT.

Dalam pengumuman kepada Bursa, BHIC berkata, saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Sept oleh Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED).

Saman itu menamakan BNS, BHIC, BHIC Defence Technologies Sdn Bhd (BHICDT) termasuk pengarah BHICDT, Salihin Abang dan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

CAD dan CED mendakwa keputusan BNS menarik balik 12 surat lantikan (LoA) bagi projek LCS sebagai tidak sah. Mereka ditugaskan membeli peralatan daripada pengilang peralatan asal (OEM) bagi kapal tempur terbabit.

LoA itu dilaporkan dibatal oleh BNS, bulan lalu, susulan dakwaan salah laku dan penipuan urus niaga.

CAD menuntut RM880,068.21, 39.87 juta Euro, 3.78 juta Pound dan 55.94 juta Kronor Sweden yang didakwa jumlah tertunggak daripada BNS, manakala CES menuntut RM216 juta.

Firma itu juga mahu pengisytiharan terhadap Salihin dan Syed Zahiruddin kerana melanggar fidusiari, undang-undang, dan kewajipan berkanun mereka dan bahawa BHIC, BHICDT dan BNS secara salah berkomplot menipu.

Mereka juga memohon injunksi melarang defendan daripada berkomunikasi dengan OEM bagi projek itu.

Pengurusan kes bagi saman ditetapkan 11 Okt.