Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dasar berani, bertanggungjawab PN bantu pulih prestasi ekonomi negara - Azmin -

Dasar berani, bertanggungjawab PN bantu pulih prestasi ekonomi negara – Azmin

DASAR berani dan bertanggungjawab yang diperkenalkan Perikatan Nasional (PN) dalam mengurus negara kini membuahkan hasil yang dinikmati rakyat hari ini.

Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata, ini termasuk kejayaan negara mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini seperti diumumkan Bank Negara baru-baru ini.

“Orang lain jangan nak ambil kredit. Tak mungkin kita dapat menuai kejayaan ini kalau kita semai enam bulan lalu.

“Kadar pengangguran juga telah turun kepada 3.7 peratus. Pelaburan masuk tahun lepas sebanyak RM309 billion.

“Tahniah Perikatan Nasional. Sebab inilah dasar berani dan bertanggungjawab yang diperkenalkan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin,” katanya berucap Majlis Penyerahan Watikah Ketua-Ketua Badan Perhubungan PN Selangor di Shah Alam pada Rabu.

Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan, Antarabangsa dan Industri berkata, kejayaan lain yang dikecapi hari ini hasil daripada perancangan PN ialah kejayaan mencipta sebanyak 539,000 peluang pekerjaan baru yang berkualiti pada 2021.

“Eksport Malaysia juga mencanak naik. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 nilai eksport disasarkan sebanyak 1.252 trillion. Pada Disember 2021, di bawah PN, dasar PN, nilai eksport mencanak 1.24 trillion ringgit.

“Apa maknanya. Sasaran RMK12 yang sepatutnya catat 2025 kita dapat capai empat tahun lebih awal. Tahniah PN Kita berjaya mencipta kemakmuran negara, cipta pekerjaan baik, cipta pelaburan, inilah dasar PN,” katanya.

Mengulas tindakan UMNO mahu mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 tahun ini, Azmin yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya PN menyifatkan tndakan itu sebagai ‘tidak berhati perut’.

“Sebab rakyat sedang susah. Tak ada hati perut kah?. Pemulihan ekonomi masih berjalan. Banjir semakin dekat. Tapi mereka kata, tak pa redah. Kalau begitu kita redah mereka (UMNO/BN) dalam pilihan raya nanti,” katanya.

Azmin berkata, hari ini rakyat sudah tahu yang terdesak mahu meng adakan pilihan raya adalah sekumpulan manusia yang sedang dibayangi masalah sendiri.