Siri animasi Mechamoto raih perhatian peminat antarabangsa

0
328

SIRI animasi tempatan popular Mechamato yang ditayangkan di platform penstriman video Netflix sejak 1 Okt lepas meraih perhatian bukan sahaja penonton tempatan malah antarabangsa khususnya dari Jepun.

Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Monsta Faiz Zainal Aabidin berkata sambutan penonton dan peminat Mechamoto dari negara matahari terbit itu amat baik apabila rata-rata mereka memuji dan memberikan reaksi serta pandangan positif dengan menggunakan tanda palang #メカアマトdi Twitter.

“Nyata sekali siri animasi ini yang bercirikan elemen-elemen nusantara dan global telah berjaya menambat hati penonton dari dalam dan luar negara.

“Jika dahulu kita semua disajikan dengan animasi-animasi dari Jepun yang dialihkan ke bahasa Melayu, kini tiba pula giliran animasi dari Malaysia yang dialih ke bahasa luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Faiz berkata menerusi animasi tempatan seperti Mechamato itu, kepelbagaian budaya, makanan serta tradisi di Malaysia dapat dipromosikan ke serata dunia.

Siri penuh Mechamato musim pertama kini boleh ditonton di Netflix dalam enam bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Jepun, Korea, Mandarin dan Thailand selain tujuh sarikata seperti Tagalog dan bahasa Indonesia.

Animasi itu turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan TV9 Malaysia pada setiap Isnin dan Selasa, 6 petang bermula semalam. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here