Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Rusuhan di Kanjuruhan: Malaysia sedia hulur bantuan-Ahmad Faizal -

Rusuhan di Kanjuruhan: Malaysia sedia hulur bantuan-Ahmad Faizal

MALAYSIA bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan sekiranya diperlukan oleh kerajaan Republik Indonesia khususnya Kementerian Pemuda dan Olahraga negara berkenaan susulan daripada insiden rusuhan pada perlawanan bola sepak Sabtu lepas.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ini kerana Indonesia bukan sekadar negara jiran kepada Malaysia bahkan merupakan sahabat serta saudara serumpun yang akan senantiasa ditemani ketika berdepan detik-detik sukar.

“Semoga insiden ini menjadi teladan dan iktibar buat semua pihak agar ia tidak lagi berulang bukan sahaja di Indonesia malah, termasuk Malaysia serta lain-lain negara seluruh dunia.

“Sukan seharusnya memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan bukan sahaja dalam kalangan atlet malah, meliputi setiap daripada kita. Marilah kita semua senantiasa mendukung semangat kesukanan yang tinggi demi kemaslahatan bersama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada kejadian berkenaan, seramai 125 orang dilaporkan terkorban, termasuk dua anggota polis, dalam insiden rusuhan selepas perlawanan Liga 1 Indonesia di antara Arema FC dan Persebaya Surabaya yang berlangsung di Stadium Kanjuruhan, Malang.

Ahmad Faizal dalam masa sama turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut serta mendoakan kesembuhan kepada mangsa yang cedera.

— BERNAMA