Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Harga minyak masak botol turun antara 40 sen hingga RM2 - Alexander Nanta -

Harga minyak masak botol turun antara 40 sen hingga RM2 – Alexander Nanta

HARGA minyak masak tulen kemasan botol lima kilogram (kg) turun RM2 kepada RM31.50 berbanding RM33.50 bermula 8 Okt hingga 7 Nov ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata harga baharu itu ditetapkan susulan harga purata minyak sawit mentah yang merekodkan penurunan.

Selain itu, katanya harga baharu minyak masak tulen kemasan botol tiga kg turun kepada RM19.90 daripada RM21.10; botol dua kg (RM13.50 daripada RM14.30); dan botol satu kg (RM7.10 daripada RM7.50).

“Diharapkan penetapan harga baharu ini berupaya memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau turut menyeru pengguna untuk menjadi mata dan telinga kerajaan dengan melaporkan secara rasmi sebarang pelanggaran undang-undang melalui saluran disediakan.