Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MASA gesa Bajet 2023 fokus konsolidasi fiskal, perkukuhkan PMKS -

MASA gesa Bajet 2023 fokus konsolidasi fiskal, perkukuhkan PMKS

INSTITUT Masa Depan Malaysia (MASA) menggesa agar kerajaan meneliti dua bidang fokus khusus dalam Bajet 2023 iaitu konsolidasi fiskal dan memperkukuh Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). 

Ketua Pegawai Eksekutif MASA, Azril Mohd. Amin berkata, Malaysia memerlukan kedudukan fiskal yang lebih kukuh dengan mengambil kira ketidaktentuan pasaran ekonomi global.

Azril Mohd. Amin

Katanya, langkah utama yang wajar dipertimbangkan adalah mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

“Perbelanjaan operasi Malaysia terdiri daripada emolumen merangkumi hampir 37% manakala caj persaraan sebanyak 12% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). 

“Dalam hal ini, langkah utama yang wajar dipertimbangkan adalah mengurangkan perbelanjaan kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu meneliti pendekatan alternatif bagi menguruskan aliran tunai secara sistematik serta mengurangkan bebanan perbelanjaan lebihan terhadap projek yang kurang memanfaatkan rakyat.

Sebaliknya, kerajaan harus meletakkan fokus utama kepada taraf kehidupan dan kesejahteraan masyarakat berbanding pembinaan jalan raya atau pencakar langit.

Dalam pada itu katanya, kerajaan juga perlu merangka strategi penjanaan pendapatan yang baharu dengan menumpukan kepada peningkatan produktiviti nasional.

“Mengambil kira percukaian meliputi hampir 73.2% daripada jumlah hasil pendapatan, sumber pendapatan baharu harus diteroka termasuk memanfaatkan potensi bidang ekonomi digital dan automasi dalam meningkatkan daya saing dan produktiviti negara,” katanya.

Selain itu, MASA menggesa PMKS perlu diberi keutamaan kerana sektor itu telah menjadi tunjang ekonomi negara dan antara segmen yang paling terkesan akibat Covid-19.

“Sektor PMKS juga perlu diberi keutamaan yang bukan sahaja meliputi 

97.4% daripada jumlah pertubuhan di Malaysia pada 2021, tetapi juga menyumbang 37.4% daripada KDNK. 

“Sektor ini telah menjadi tunjang ekonomi negara termasuk memberi sumbangan sebanyak 11.7% kepada eksport dan 47.8% dalam sektor pekerjaan,” katanya.

Katanya lagi, Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak tiga kali turut menjejaskan momentum pemulihan ekonomi negara. 

Justeru katanya, isu yang dihadapi oleh sektor PMKS perlu ditangani segera dan secara tuntas dalam Bajet 2023, melalui penyelesaian jangka pendek serta panjang yang berimpak tinggi demi menjamin kelangsungan PMKS. 

“Bajet 2023 juga memberi penekanan terhadap pemberian insentif transformasi digital kepada PMKS. 

“Pendekatan yang diambil oleh negara Jepun, Korea Selatan dan Thailand boleh dijadikan sebagai penanda aras ke arah mencapai negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Bajet 2023 dijadualkan dibentang pada 7 Oktober ini. – SB