19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

0
185

SEKURANG-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman bunuh diri di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan, Kabul, pada pagi Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Pengebom berkenaan mensasarkan pelajar di institusi pendidikan Kaaj di kejiranan Dasht e Barchi, di Presint 13 Kabul pada 7.30 pagi waktu tempatan (0300GMT), semasa pemeriksaan masuk pelajar di instutusi itu, menurut Khalid Zadran, jurucakap polis ibu negara.

Orang ramai di situ segera minta bantuan, dalam rakaman yang cepat dikongsi di media sosial.

Minggu lepas, bom yang diletakkan di dalam sebuah kereta, meletup di luar sebuah masjid di bandar Kabul di Afghanistan ketika jemaah keluar selepas solat Jumaat, membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan 41 yang lain, termasuk kanak-kanak.

Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Mulawai Mujeebur Rehman Ansari, seorang pendakwah Islam pro-Taliban, adalah antara 18 individu yang terbunuh pada 2 Sept apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya semasa solat Jumaat di bandar Herat barat. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here