Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada cubaan culik murid sekolah di Gombak - Polis -

Tiada cubaan culik murid sekolah di Gombak – Polis

HASIL siasatan terperinci polis mendapati, tiada cubaan culik seperti yang dilaporkan berlaku di tiga sekolah rendah di daerah Gombak dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan dijalankan, selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 32 hingga 43 tahun pada Selasa dan semalam.

Beliau berkata mereka diberitahu anak masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun, mengenai terdapat cubaan menculik oleh lelaki tidak dikenali semasa berada di luar sekolah.

“Polis mengambil tindakan sewajarnya dengan mengenal pasti saksi penting membabitkan beberapa individu termasuk pengadu, rakan sekolah mangsa, pengawal keselamatan, warden lalu lintas, guru besar serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), selain mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya kesemua saksi mengesahkan tiada sebarang perlakuan seperti yang dilaporkan.

Noor Ariffin meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi, terpengaruh atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam, kerana boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini, tular di media sosial satu surat daripada pengurusan sebuah sekolah berhubung dakwaan cubaan menculik melibatkan sebuah sekolah di Batu Caves, Selangor. – BERNAMA