“Bra pakai dekat dalam bukan dekat luar, malu tengok” -Netizen

0
418

NAMPAKNYA sejak kebelakangan ni nama penyanyi Maysa Masyitah menjadi bualan ramai apabila ramai yang kurang senang dengan cara pemakaiannya.

Meskipun dikecam teruk, namun Masya tidak mudah melatah dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya dan terus tenang meneruskan kehidupan seperti biasa.

Terbaru, penyanyi itu sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik fotonya dengan memakai jumpsuit serta inner turtleneck berwarna kelabu ketika berada di Dubai.

Antara komen netizen

Diruangan komen ramai yang kurang senang dengan baju yang digayakan penyanyi itu serta ada yang menegur ‘baju dalam’ sepatutnya dipakai di dalam bukan diluar.

Tidak kurang juga, ada yang kecewa dengan cara pemakaian Masya sejak kebelakangan ini yang pelik serta tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung serta mahu unfollow Instagram penyanyi itu.

Meskipun banyak komen kecaman dan taguran di perkongsian itu, namun tiada sebarang respon daripada Masya mengenai perkara itu lapor RotiKaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here