Bentang semula Bajet 2023 jika PRU15 diadakan masa terdekat

0
231

RANG Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dijadual dibentang Jumaat depan perlu dibentangkan semula di Parlimen jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu perlu dibuat seandainya bajet yang dibentangkan itu tidak sempat diluluskan untuk memberi laluan kepada PRU.

Kata beliau, kerajaan baharu yang terbentuk selepas PRU perlu membentangkan semula RUU berkenaan, bagi peringkat bacaan kali pertama dan seterusnya.

“Kalau ada pilihan raya maka akan ada satu kerajaan yang baharu. Kerajaan baharu perlu buat bacaan pertama semula.

“Sebab ini bajet, ia tidak mengikat kerajaan,” katanya ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Yang Dipertua Dewan Rakyat Bersama Rakan Media di Bangunan Parlimen pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Nor Yahati Awang.

Azhar memberitahu, bagaimanapun, kerajaan baharu juga boleh menggunakan draf RUU sama ketika pembentangan semula ke Dewan Rakyat.

Ketika ini turut timbul spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan selepas pembentangan Bajet 2023 iaitu sebelum sempat RUU tersebut diluluskan lapor Sinar Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here