Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
MPN tak minta kuasa lebih, hanya ambil serius cadangan -

MPN tak minta kuasa lebih, hanya ambil serius cadangan

PENGERUSI Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan majlis itu tidak memerlukan kuasa lebih kerana mereka hanya bertanggungjawab menyediakan saranan bagi memulihkan negara.

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat cadangan diberikan tidak sepatutnya dipandang enteng bagi mempercepatkan proses pemulihan negara.

“Cadangan ini tidak datang dari saya tetapi menteri, pakar ekonomi, pakar sosial, pihak swasta dan pembangkang.

“Jangan pandang ringan, mungkin sebab saya tak handsome orang tak suka saya, atau saya dari parti lain tak suka saya.

“Bukan main-main bincang 4 jam tadi, penting untuk kerajaan mengambil perhatian dan tindakan,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun menurut Muhyiddin, beliau tetap percaya proses pemulihan ekonomi masih mempunyai ruang untuk ditambah baik.

“Sekarang ini, proses pemulihan dilihat sedikit bertambah agak baik tapi tak cukup baik lagi, kita tidak lagi kembali kepada zaman sebelum Covid-19.

“Kita mahukan keadaan lebih baik daripada itu, dengan situasi ekonomi global yang bertambah buruk, mungkin ‘depression’ akan meresap ke dalam dunia dan negara kita akan terkesan,” katanya.

Dalam pada itu, menjadikan negara luar sebagai contoh, beliau mencadangkan agar MPN dijadikan sebagai sebuah kementerian sepenuhnya sekiranya ada keperluan.

“Kalau tak silap saya di United Kingdom, ada Kementerian Pemulihan Negara. Duduk dalam Kabinet dan dilantik setiausaha (menteri) dari orang pakar, orang luar.

“Itu hanya bayangan. Sebagai contoh, letakkan satu jawatan yang betul-betul boleh laksanakan dan dapat diperhalusi kenapa (cadangan) tak cepat. Apa masalah? Adakah wujud kekangan, kewangan, peraturan atau dasar, atau dari segi bantuan?” ujarnya. -SB