Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Mesej penculikan kanak-kanak untuk penjualan organ palsu adalah mesej lama - Polis -

Mesej penculikan kanak-kanak untuk penjualan organ palsu adalah mesej lama – Polis

POLIS menafikan terdapat kes penculikan enam kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ seperti mesej yang tular menerusi media sosial sebaliknya ia adalah mesej lama yang disebarkan semula. 

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP A. Skandaguru berkata semakan mendapati mesej palsu yang meminta masyarakat berwaspada dengan penculikan itu tular sejak 2017 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial. 

“Kanak-kanak ini dikatakan diberi bahan terlarang yang menyebabkan mereka tidak mampu bercakap untuk memudahkan mereka dilarikan menaiki lori ayam ke negara jiran bagi tujuan pemindahan organ.

“Mesej tersebut juga mendakwa pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan ke atas lori berkenaan dan menjumpai enam kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurut Skandaguru pihak PDRM tidak menerima sebarang laporan berkaitan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak setakat ini.

Beliau berkata individu yang dikesan menyebarkan berita palsu boleh disiasat dan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebarkan berita tidak berasas serta tidak ditentukan kesahihannya. – BERNAMA