Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas -

Bajet 2023: KPLB mahu mulakan kelas pintar di Tabika Kemas

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu menjadikan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sebagai kelas pintar selari dengan eleman pendigitalan ketika ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya telah memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan dalam Bajet 2023 bagi merealisasikan hasrat itu. 

Beliau berkata sebagai fasa permulaan, KPLB mahu sekurang-kurangnya 10 peratus daripada 11,000 Tabika Kemas dilengkapi fasiliti digital.

“Kita usaha juga bajet (Bajet 2023) untuk Kemas bagi memulakan kelas di bilik-bilik (Tabika) dipanggil ‘smart classroom’, sekurang-kurangnya dimulakan dengan 800 kelas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Kemas Semenanjung Malaysia (Kesateria) Kedua di sini hari ini.

Mahdzir berkata elemen pendigitalan amat penting ketika ini dan pihak Kemas tidak boleh sepenuhnya bergantung kepada kaedah pengajaran lama. 

Persidangan Kesateria yang diadakan setiap tiga tahun sekali itu dihadiri lebih 300 perwakilan dan pemerhati kesatuan daripada 12 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Terdahulu dalam ucapannya, Mahdzir mengumumkan dana utiliti sebanyak RM30,000 kepada Kesateria.  – BERNAMA