Perjuangan Bersatu banteras kleptokrasi dapat sokongan rakyat

0
898

PERJUANGAN tidak berbelah-bahagi Bersatu memerangi rasuah dan salah guna kuasa mendapat sokongan rakyat Malaysia yang turut sama menyertai gerakan tersebut

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia adalah kejayaan besar Bersatu meskipun parti itu masih baharu.

“Bersatu sudah melakar satu sejarah penting dalam politik negara iaitu satu gerakan yang besar,.yang mempunyai dokongan rakyat berjuta.

“Pencapaian yang telah kita rayakan ini adalah bukti jelas bahawa rakyat Malaysia amat tertarik, malah mendokong perjuangan kita membentuk sebuah negara akan datang yang baik,” katanya berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun Keenam Bersatu di Putrajaya pada Sabtu.

Muhyiddin berkata, prinsip perjuang membanteras salah guna kuasa dan rasuah akan terus dijunjung Bersatu, termasuk jika diberi peluang rakyat memerintah negara.

“Bila parti sudah menang dan berkuasa semua orang sudah ada tanggungjawabnya. Kita bukan macam parti UMNO nak suruh kaut, kaut.

“Kita tidak sakau harta rakyat. Harta rakyat, rakyat punya..Tetapi pemimpin yang akan ada bila mana kita berkuasa, kita akan bagi tugas dan peranan mereka supaya mereka boleh buat terbaik untuk rakyat jelata. Itu penting bagi kita,” katanya.

Pada majlis itu Muhyiddin turut mengumumkan Gerai Prihatin Rakyat yang menjual barang keperluan pada harga mampu milik akan diteruskan Bersatu.

“Kita cari dan kumpulkan dana mana yang ada supaya kita dapat bekalkan bahan-bahan dengan harga yang agak berpatutan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here