Tiga saksi utama pendakwaan kes VLN Ahmad Zahid tidak boleh dipercayai – Hakim

0
211

MAHKAMAH Tinggi hari ini memutuskan tiga saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) adalah tidak boleh dipercayai.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika membacakan penghakiman lebih dua jam, berkata tiga saksi utama itu ialah bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun yang merupakan saksi pendakwaan ke-15, 16 dan 17.

“Saya dapati tiga saksi utama yang dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti,” katanya.  

Hakim Mohd Yazid berkata mahkamah mendapati notasi ‘Z’ dan ‘ZH’ yang tertera dalam lejar (UKSB) tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa tertuduh (Ahmad Zahid) menerima wang atau suapan itu.

“Saya juga mendapati walaupun ada cadangan bahawa tertuduh telah menerima sumbangan politik berjumlah RM200,000 sebanyak dua kali, namun tiada bukti yang mencukupi mengenai butir-butir di hadapan mahkamah untuk saya mengemukakan sebarang pertuduhan pindaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here