Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis siasat dakwaan penghuni madrasah didera ala militan -

Polis siasat dakwaan penghuni madrasah didera ala militan


POLIS sedang menyiasat dakwaan seorang bekas penghuni sebuah madrasah di Jalan Kebun, Shah Alam yang didera sepanjang empat bulan berada di pusat itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan itu daripada lelaki terbabit pada bulan lepas.

“Saya mengesahkan polis menerima satu laporan berhubung perkara ini, siasatan masih dijalankan,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Pertubuhan Kebajikan Darussolihin dalam kenyataan hari ini menafikan dakwaan madrasah Darussolihin yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan (NGO) melaksanakan penderaan ala militan kepada penghuninya.

Menurut kenyataan itu, selain menekankan ilmu agama, madrasah ditubuhkan sejak 2007 melaksanakan program pemulihan dan perlindungan terhadap individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta masalah sosial.

Terdahulu, bekas penghuni madrasah tersebut yang ingin dikenali sebagai Haris, 20, ketika ditemui pemberita hari ini mendakwa dia dan beberapa penghuni lain berusia lingkungan 19 hingga 30-an dikurung di dalam bilik gelap, didera secara fizikal dan mental serta mengalami gangguan seksual sepanjang menerima rawatan  di madrasah itu.

— BERNAMA