Inflasi Ogos 2022 cecah 4.7%, inflasi makanan naik 7.2%

0
257

KADAR  inflasi Malaysia pada bulan Ogos 2022 meningkat sebanyak 4.7 peratus berbanding 4.4 peratus pada Julai lalu.

Inflasi makanan dan minuman bukan alkohol meningkat kepada 7.2 peratus berbanding 6.9 peratus pada bulan Julai lalu.

Ia sekali gus menjadi penyumbang utama kepada peningkatan inflasi keseluruhan pada bulan Ogos.

Sementara itu, inflasi bagi tempoh Januari hingga Ogos 2022 meningkat 3.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ini didorong oleh permintaan yang lebih kukuh, harga komoditi yang masih berada pada tahap yang tinggi dan gangguan dalam rantaian bekalan global.

Turut meningkat adalah kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang meningkat 4.1 peratus, serta kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah, 4.3 peratus.

Dalam pada itu, kumpulan restoran dan hotel meningkat kepada 6.4 peratus dan pengangkutan naik kepada 5.2 peratus lapor Astro AWANI.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here