Kereta melayang, ‘terbang’ depan rumah peneroka

0
211

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEBUAH kereta terbabas sebelum ‘terbang’ lalu menjunam ke halaman sebuah rumah di cerun bukit dalam kejadian di Jalan Aman, Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi semalam.

Pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan melalui media sosial pada pukul 7.30 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora, siasatan mendapati sebuah kereta Nissan Sentra itu hilang kawalan yang dipandu seorang pemuda Felda tersebut berusia 22 tahun.

“Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di jalan tersebut kereta ituterjunam dan menghentam bumbung sebuah rumah sebelum jatuh ke halaman rumah.

“Akibat kemalangan tersebut pemandu berkenaan mengalami kecederaan kecil di dahi. Kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang gagal mengawal keretanya dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semasa kemalangan keadaan cuaca cerah manakala lalu lintas pula tidak sibuk.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu hingga menyebabkan kemalangan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here