Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekas polis Minneapolis dipenjara tiga tahun sebabkan kematian George Floyd -

Bekas polis Minneapolis dipenjara tiga tahun sebabkan kematian George Floyd

BEKAS pegawai polis Minnesota, Minneapolis, Thomas Lane, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana menyebabkan kematian lelaki kulit hitam Amerika, George Floyd, lapor Xinhua

Lane pada Mei lepas mengaku salah membantu dan bersubahat membunuh tanpa niat. Dia juga didapati bersalah pada Februari, bersama dua lagi bekas anggota polis Minneapolis, dengan pertuduhan hak sivil persekutuan, berhubung kematian Floyd.

Lane sedang menjalani hukuman penjara dua setengah tahun di penjara persekutuan di Littleton, Colorado.  Sebagai sebahagian daripada tawaran rayuan beliau bagi pertuduhan itu, Lane akan jalani hukuman itu serentak di penjara persekutuan itu.

Floyd, 46, terbunuh pada 25 Mei, 2020, selepas rakan setugas Lane, Derek Chauvin, menghimpit lehernya lebih sembilan minit.

Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun ke atas Chauvin pada awal musim panas lepas kerana melanggar hak sivil Floyd.

Kematian Floyd mencetuskan kemarahan dan bantahan di seluruh AS pada musim panas 2020 akibat kekejaman dan sikap perkauman polis. —Bernama