Mahasiswa terpaksa ‘berhimpit’ demi meneruskan pengajian

0
648

ISU kesukaran mahasiswa mendapatkan rumah sewa bukan sahaja berlaku di bandar besar, namun tempiasnya kini turut dirasai di kampus luar daerah.

Lebih menyedihkan, sewa kediaman di luar pula memerlukan deposit tinggi sehingga mencecah RM9,000 yang rata-ratanya golongan pelajar tidak mampu.

Exco Komuniti dan Khidmat Masyarakat Persatuan Alumni MPP Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Melaka, Ahmad Lukman Rusli berkata, setiap tahun isu ini akan berbangkit apabila tiba kemasukan mahasiswa baharu.

“Tahun ini agak ‘hot’ kerana inflasi meningkat, rumah sewa mahal dan sebagainya. Saya juga ada terima aduan mengenai keluhan pelajar yang terpaksa duduk beramai-ramai dan dalam keadaan tidak selesa akibat mahu menjimatkan kos penginapan.

“Faham sajalah kalau duduk ramai-ramai pengurusan masa akan ‘fail’. Mahu bahagikan masa ‘study’, tiada masa untuk rehat dan perlu buat kerja tambahan seperti penghantar makanan bagi menampung sewa dan perbelanjaan harian.

“Perkara ini nampak remeh tetapi impaknya sangat besar terutama bagi mahasiswa baharu. Mereka lebih terkesan tidak dapat kediaman dalam kolej berbanding tidak dapat anugerah dekan,” katanya ketika dihubungi SatuBerita hari ini.

Menurut Lukman, meskipun dapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ia tidak mampu menampung kehidupan mahasiswa di luar kolej.

“Memang betul yuran UiTM antara yang terendah, tapi masih tidak mencukupi kerana pelajar perlu wang tambahan untuk kehidupan harian mereka. Kos duduk di luar 70 peratus lebih mahal daripada duduk dalam kampus.

“Duduk di luar kampus memerlukan sekurang-kurangnya RM1,000 untuk ‘survive’. Memang betul sewa rumah makin mahal dan mahasiswa tiada pilihan selain hidup ‘berhimpit’ .

“Diharap dengan penubuhan Jawatankuasa Krisis Kolej Kediaman dan Rumah Sewa dapat membantu mahasiswa yang sukar mendapatkan rumah sewa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here