Empat lelaki ditahan edar syabu sekitar KL

0
225

POLIS berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah jenis syabu di ibu negara  susulan penahanan empat lelaki menerusi serbuan di kawasan tempat letak kereta di Taman Seri Sentosa, di sini, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, berkata kesemua suspek berusia 34 hingga 43 tahun itu ditahan bersama syabu seberat 5.4 kilogram yang dianggarkan bernilai RM193,680.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket yang aktif sejak empat bulan lepas itu mendapatkan bekalan daripada sebuah negeri di utara Semenanjung dan membekalkan dadah kepada individu dikenali sahaja.

“Semua individu ditahan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sekitar Kuala Lumpur sebagai punca pendapatan utama.

“Hasil semakan mendapati tiga daripada empat individu ditahan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan narkotik dan jenayah serta positif dadah jenis ganja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata empat individu itu direman tujuh hari sehingga 26 Sept dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here